SELECTED POEMS

Dengungan akhir zaman

Setiap hari
hitung mentari
terang timbul
gelap susul

Semua silau
buta kilau
jemaah teriak
kiblat selerak

Sedang kita sibuk
menunduk mendongak
anak-anak kita
diculik ombak

Hanyut
kerana lebih terlatih
bersujud
daripada berenang

by Zulfadli Rashid
(2017)

 

BIOGRAPHY >